Kes Tibi dan Kusta menurun di Sabah

May 8, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Sandakan

SANDAKAN,8 Mei – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) merekodkan 1,993 kes penyakit Tibi setakat Minggu Epid Ke-18 tahun ini,menunjukkan penurunan ketara berbanding 6,099 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah JKNS,Dr. Maria Suleiman berkata,jumlah kes penyakit kusta turut mencatat penurunan kepada 35 kes berbanding 57 kes tahun lalu.

"Penyakit Tibi dan kusta merupakan dua penyakit yang diberi perhatian serius oleh JKNS bagi mengurangkan kadar insiden dan prevalens," katanya pada sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Sandakan.

Sementara itu,Penyelaras Parlimen Sandakan,Tang Tzu Ching menggesa semua pihak bekerjasama membanteras penyakit tersebut menerusi saringan awal kesihatan.

"Kita ada kemudahan X-ray mudah alih dan klinik bergerak bagi mendekati komuniti. Misi kita ialah sifar Tibi menjelang 2035," tegasnya.