Keputusan Matrikulasi KPM 2025/2026 boleh disemak 21 Mei

May 21, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,21 Mei - Semakan keputusan calon yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM bagi Sesi 2025/2026 boleh dibuat mulai hari ini,bermula pukul 10.00 pagi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan,pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 boleh menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi KPM di pautan https://matrikulasi.moe.gov.my.

Pendaftaran secara dalam talian bagi pelajar yang berjaya ditawarkan tempat akan dibuka mulai 22 Mei hingga 21 Jun 2025,dan boleh dilakukan di laman sesawang kolej masing-masing.

"Pelajar perlu mendaftar secara fizikal di kolej matrikulasi mulai 22 Jun 2025 berdasarkan surat tawaran masing-masing.

"Pelajar yang tidak berjaya boleh membuat rayuan secara dalam talian di laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my mulai 21 Mei hingga 21 Jun," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut berkata,keputusan rayuan dijadualkan akan diumumkan pada 30 Jun depan.