Ai

KUSKOP suntik RM4.75 juta geran inovasi kepada syarikat vendor Bumiputera

Sep 25, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Datuk Ewon Benedick berucap pada Majlis Penyerahan Geran Inovasi dan Pengkomersialan Vendor bagi Program Pembangunan Vendor 2025 di sini,hari ini / Foto Ewon Benedick Official Media

PUTRAJAYA,24 September-Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyerahkan geran berjumlah RM4.75 juta kepada lapan syarikat vendor Bumiputera di bawah Geran Inovasi dan Pengkomersialan Vendor (GIPV).

Menterinya,Datuk Ewon Benedick berkata,peruntukan itu bertujuan membiayai projek-projek syarikat vendor Bumiputera daripada sektor minyak dan gas,automotif,hartanah,pengangkutan dan farmaseutikal.

"Projek-projek yang diluluskan merangkumi projek berkaitan adaptasi teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) termasuk internet kebendaan (IoT),kercerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan,penggantian import,reengineering serta redesigning," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Inovasi dan Pengkomersialan Vendor bagi Program Pembangunan Vendor 2025 di sini,hari ini.

Mengulas lanjut,Datuk Ewon berkata,geran itu bukan hanya sekadar suntikan dana,tetapi merupakan amanah dan tanggungjawab kepada syarikat vendor Bumiputera.

"Saya berharap syarikat-syarikat vendor Bumiputera yang berjaya menerima geran dapat memanfaatkan bantuan ini dengan sebaiknya untuk meningkatkan inovasi produk dan perkhidmatan," ujarnya.

GIPV merupakan salah satu insentif utama bawah Program Pembangunan Vendor yang merangsang pertumbuhan syarikat vendor Bumiputera.

Inisiatif itu meningkatan keupayaan inovasi,penyelidikan dan pengkomersialan serta pengukuhan operasi pembuatan dan perkhidmatan.

Sejak 2021,KUSKOP telah menyalurkan sebanyak RM34.3 juta melalui GIPV kepada 108 syarikat vendor Bumiputera di seluruh negara.