
Pemimpin tertinggi Iran,Mojtaba Khamenei/REUTERS
TEHRAN,10 April – Pemimpin tertinggi Iran,Mojtaba Khamenei menerusi mesej bertulis terbaharunya menegaskan bahawa Republik Islam itu tidak mahu berperang dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel,namun akan tetap mempertahankan hak kedaulatannya.
RINGKASAN BERITA AI
−
Meskipun gencatan senjata telah diumumkan,Mojtaba mengingatkan rakyat Iran supaya tidak menganggap bahawa sokongan di jalanan tidak lagi diperlukan.
“Suara anda di dataran awam pastinya akan memberi pengaruh yang besar terhadap hasil rundingan tersebut,” jelasnya menerusi mesej berkenaan.
Mojtaba Khamenei,yang dipercayai cedera dalam serangan udara yang mengorbankan bapanya,Ali Khamenei pada 28 Februari lalu,masih belum membuat penampilan di khalayak ramai sejak dilantik sebagai pemimpin tertinggi.
Sepanjang tempoh itu,beliau hanya mengeluarkan kenyataan bertulis yang dibacakan oleh penyampai televisyen negara.
Meskipun Donald Trump sebelum ini membuat spekulasi bahawa Mojtaba mungkin telah meninggal dunia,media rasmi Iran menafikan dakwaan itu dengan menyatakan beliau sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan,selain menyiarkan foto beliau tanpa menyatakan tarikh ia dirakam. – AFP