Pekerja Myanmar maut tersepit mesin pasir

May 8, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO BBP MELAKA TENGAH

MELAKA,7 Mei- Seorang buruh binaan warga Myanmar maut selepas tersepit dalam mesin pam pasir di sebuah tapak pembinaan di Pulau Gadong,di sini,pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.56 pagi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah,Pegawai Bomba Kanan I Mohd Ismail Harun berkata sepasukan anggota bersama jentera segera digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya,sebaik tiba di lokasi,pasukan mendapati seorang pekerja lelaki tersepit di dalam mesin pam pasir ketika sedang menjalankan kerja di tapak berkenaan.

Operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas pemotong logam dan mayat berjaya dikeluarkan selepas lebih tiga jam. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.19 petang.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan siasatan.