Datuk Seri Amir Hamzah jalankan tugas Menteri Ekonomi

Jun 27, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,27 Jun - Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar yang juga Setiausaha Jemaah Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata,perkara itu dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Jun lalu.

Kenyataan mediaTan Sri Shamsul Azri Abu Bakar

"Tugas utama Datuk Seri Amir Hamzah adalah untuk mengolah dan merombak semula intipati naskah Rancangan Malaysia ke-13 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai 2025.

"Dengan mengambil kira maklumat tambahan yang dikemukakan kementerian-kementerian serta pandangan dan ulasan yang diberikan oleh Jemaah Menteri," katanya.

Kenyataan itu turut dikongsikan di laman Facebook rasmi beliau.