Ringgit dijangka stabil

Jul 21, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Fail

KUALA LUMPUR,19 Julai - Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran4.24 hingga 4.26 minggu depan di tengah-tengah petunjukbercampur-campur dalam pasaran.

Ia susulan jangkaan potensi pertemuanantara Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump dan Presiden China Xi Jinpingserta mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada akhir bulan ini.

Penganalisis menjangkakan pasaran lebih optimis minggu depan,kerana potensi pertemuan dua pemimpin ini dijangkadapat melonjakkansentimen pasaran Asia.

Bagi Malaysia,ketegangan perdagangandijangka berkurang yang boleh mencerahkan prospekmakro dan seterusnya,menyediakan peluang kepada ringgit dalam tempoh terdekat.

Langkah diplomatik itu,walaupun sementara iamembantu mengekang jualan ringgit yang lebih agresif menghala kehujung minggu.

Bagi asasJumaat ke Jumaat,ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggiberbanding dolar Amerika,berbanding pada minggu sebelumnya.

Unit tempatan juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.