Amaran ribut petir di beberapa negeri

Jul 23, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Fail

KUALA LUMPUR,23 Julai – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Negeri Sembilan (Port Dickson),Melaka dan Johor iaitu di Tangkak dan Muar sehingga pukul 10.00 pagi ini.

Amaran tersebut dikeluarkan berikutan tanda-tanda awal menunjukkan potensi hujan melebihi 20 mm/jam yang berlaku dalam tempoh lebih sejam.

Menurut MetMalaysia,amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek dalam tempoh tidak melebihi enam jam.