Data besar

Misi GSF keprihatinan kemanusiaan ke atas Palestin

Sep 25, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza/ AFP

KUALA LUMPUR,24 September - Pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza bukan hanya soal agama,sebaliknya menyentuh soal kemanusiaan

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan,meskipun berdepan pelbagai cabaran pihak luar; usaha menghantar bantuan tetap diteruskan


bagi menyampaikan bantuan ke Gaza.

"Kini hanya berbaki 750 batu nautika untuk sampai ke destinasi,walaupun berdepan gangguan daripada pihak Israel. Saya ingin menegaskan bahawa ini bukan soal agama,sebaliknya soal kemanusiaan. Inilah cerminan keprihatinan rakyat dan kerajaan Malaysia terhadap rakyat Palestin di Gaza.

"Kita berharap masyarakat dunia mula membuka mata terhadap permasalahan yang berlarutan tanpa penyelesaian selama lebih 75 tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wakil misi GSF Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman menerusi perbualan telefon.