Malaysia bertegas tidak tunduk kepada tekanan kuasa besar - PM

May 15, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Malaysia tegas pertahan prinsip multilateralisme / Foto PMO

MOSCOW,14 Mei -Malaysia menekankanpendirianuntuk tidak tunduk kepada tekanan kuasa besar dan tetap mempertahankan prinsip multilateralisme berasaskan peraturan.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,Kuala Lumpur menolaksebarang tindakan unilateral oleh mana-mana negara yang boleh mengganggu keamanan dan kestabilan serantau dan global.

Sementara itubeliau juga berterima kasih kepada Rusia atas sokongan terhadap penyertaan Malaysia dalam kumpulan BRICS,dan menyatakan penghargaan atas cadangan awal Presiden Putin berhubung perkara tersebut.

Datuk Seri Anwar juga memohon agar syarikat penerbangan Rusia,termasuk Aeroflot,mempertimbangkan untuk menyambung semula laluan penerbangan terus ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Saya percaya kehadiran Presiden Putin di Malaysia,sama ada dalam lawatan rasmi atau sempena Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini,akan menjadi satu detik penting dalam hubungan dua hala serta rantau ini," ujarnya.