Hubungan erat Malaysia-Singapura terus diperkasa

May 28, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto FB Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR,28 Mei- Hubungan erat antara Malaysia dengan Singapura perlu terus diperkasa demi manfaat bersama dan kemakmuran serantau.

Harapan itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof.

"Berbesar hati menghoskan makan malam bersama Menteri Luar Negeri Singapura,Dr. Vivian Balakrishnan,dalam suasana santai namun cukup bermakna.

"Pertemuan ini membuka ruang untuk mempererat hubungan persahabatan dan memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura. Dua negara jiran yang saling melengkapi," katanya.

Beliau menyatakan demikian menerusi kenyataan dikeluarkan di laman Facebook rasmi,malam tadi.