33,300 asnaf terima RM500 seorang sempena Aidiladha

Jun 4, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto fail

PUTRAJAYA,4 Jun - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukan Bantuan Insentif Khas sebanyak RM16.65 juta kepada 33,300 asnaf sempena sambutan Hari Raya Aidiladha,Sabtu ini.

Menerusi satu kenyataan MAIWP berkata,penerima tersebut terdiri daripada kategori fakir,miskin,muallaf dan ar-riqab,akan menerima Bantuan Insentif Khas sebanyak RM500 seorang.

Bantuan itu akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selewat-lewatnya Jumaat ini (6 Jun).

"Semoga wang zakat yang dibayar oleh para pembayar zakat melalui PPZ MAIWP akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. MAIWP sentiasa berusaha dari masa ke semasa melihat keperluan asnaf selaras dengan hala tuju MAIWP menjadi peneraju kesejahteraan ummah secara holistik melalui pendekatan lestari," katanya menerusi kenyataan itu.