ASEAN, Korea Selatan sepakat Pelan Tindakan 2026-2030

Jul 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

KUALA LUMPUR,10 Julai-ASEAN dan Korea Selatan bersetuju menerima Pelan Tindakan ASEAN-Korea Selatan 2026-2030.

Sekali gus,memperkukuh perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua pihak.

Persetujuan tersebut dicapai pada Persidangan Pasca Menteri Luar ASEAN bersama Republik Korea,di sini.

Penerimaan Pelan Tindakan baharu ini dijangka menjadi panduan utama dalam memacu kerjasama lebih erat antara ASEAN dan Korea Selatan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Mesyuarat berkenaan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama serantau serta membincangkan hala tuju masa depan hubungan dua hala.

Menteri-Menteri Luar ASEAN turut meneliti kemajuan kerjasama sedia ada,selain bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Mesyuarat dihadiri Menteri-Menteri Luar ASEAN,Timbalan Menteri Luar Pertama Korea Selatan,Park Yoon Joo,serta Setiausaha Agung bagi Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN,Datuk Astanah Abdul Aziz.

Timor-Leste turut hadir sebagai pemerhati.