Syarikat pemaju hartanah kekal optimis terhadap prospek pasaran hartanah tempatan

Jul 18, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pengarah Urusan Eastern & Oriental Bhd (E&O),Kok Tuck Cheong / Foto RTM

KUALA LUMPUR,17 Julai - Syarikat pemaju hartanah,Eastern & Oriental Bhd (E&O) kekal optimis terhadap prospek pasaran hartanah tempatan tahun ini,terutamanya bagi segmen hartanah premium.

Pengarah Urusannya,Kok Tuck Cheong berkata,ini berdasarkan permintaan menggalakkan bagi projek terbaharunya selain kualiti yang ditawarkan untuk menarik minat pembeli.

''Bagi projek ikonik seperti yang kami bangunkan,harga bukanlah faktor utama,sebaliknya pembeli dalam segmen ini lebih mengutamakan kemasan berkualiti tinggi,seni bina,susun atur ruang,serta kemudahan yang disediakan.

''Ini antara elemen yang menarik minat pembeli dalam kategori premium,'' jelasnya ketika Sidang Media Pelancaran Kediaman Premium Conlay Signature Suites.

Sejak prapelancarannya pada Mei lepas,sebanyak 40 peratus daripada 194 unit pangsapuri servis tersebut telah dijual.

Dibangunkan dalam kawasan seluas lebih 0.58 hektar,unit-unit tersebut dijual pada harga antara RM1.52 juta hingga RM12 juta.

Sementara itu,beliau turut memberi jaminan,tiada kenaikan harga melibatkan pembangunan projek hartanah semasa,susulan semakan semula dan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Namun,beliau tidak menolak bahawa SST mungkin menyebabkan tekanan harga terutamanya bagi projek-projek akan datang yang akan dibangunkan mengikut peraturan cukai semasa.