TH perkemas sokongan penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio

Jul 24, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Aplikasi yang diperkenalkan Kerajaan Arab Saudi sejak 2022 itu bertujuan memudahkan urusan visa melalui pendaftaran data biometrik seperti wajah dan cap jari.

KUALA LUMPUR,24 Julai – Kerajaan melalui Tabung Haji (TH) mengambil langkah proaktif dalam menangani isu penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio yang dilaporkan menyukarkan sebilangan kecil jemaah haji Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr. Zulkifli Hasan berkata,aplikasi yang diperkenalkan Kerajaan Arab Saudi sejak 2022 itu bertujuan memudahkan urusan visa melalui pendaftaran data biometrik seperti wajah dan cap jari.

"TH menyediakan panduan lengkap serta sokongan kepada jemaah melalui portal rasmi,kursus haji,dan pusat khidmat pelanggan bagi memastikan proses pendaftaran biometrik berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Maran,Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib di Dewan Rakyat,hari ini.

Tambah beliau,jemaah berumur 80 tahun ke atas serta mereka yang mempunyai kecacatan pengesahan perubatan turut diberikan pengecualian khas daripada proses imbasan biometrik.

Berdasarkan rekod,semua jemaah haji Malaysia yang layak telah berjaya memperoleh visa dengan bantuan terus daripada TH dan Kedutaan Arab Saudi.