Biologi

Perak harap pembangunan infrastruktur jalan raya diberi keutamaan dalam Belanjawan 2026

Sep 22, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad melawat ruang jualan selepas merasmikan Majlis Kemuncak Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2025 di Stadium Indera Mulia hari ini/ Foto BERNAMA

IPOH,21 September - Cadangan pembinaan jajaran baharu lebuh raya di Perak diharap dapat diberikan perhatian dalam Belanjawan 2026 sebagai usaha merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad berkata projek tersebut amat penting bagi memperkukuh kedudukan Perak sebagai hab industri automotif elektrik dan logistik utama negara.

"Jadi kita harap kementerian akan beri keutamaan itulah,sebab yang penting bila semua dah ada ini,kita perlukan jalan raya,jalan penghubung yang baik...satu,kita nak sambungkan di antara Tanjung Malim ke WCE,West Coast Expressway (Lebuhraya Pantai Barat) sebab ada 'connection' (hubungan)," jelasnya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Kemuncak Karnival Mesra Anak Muda 2025 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia,di sini hari ini.


Menurut Saarani,pembinaan jajaran baharu itu bukan sahaja akan memperkukuh rangkaian jalan raya negeri,malah turut memastikan kelancaran urusan eksport menerusi Lumut Port serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat tempatan.