Biologi

Isu kutipan tol kapal di Selat Hormuz: Trump beri amaran kepada Iran

Apr 10, 2026 IDOPRESS
WASHINGTON, 10 April – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis menuduh Iran gagal mematuhi syarat perjanjian gencatan senjata dua minggu selepas…

FOTO REUTERS

WASHINGTON,10 April – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis menuduh Iran gagal mematuhi syarat perjanjian gencatan senjata dua minggu selepas didakwa menghalang kelancaran aliran minyak melalui Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI

“Terdapat laporan bahawa Iran mengenakan bayaran kepada kapal tangki yang melalui Selat Hormuz. Mereka lebih baik jangan melakukannya,dan jika ya,mereka mesti hentikan sekarang!” tegas Trump dalam satu hantaran berasingan.

Beliau turut menambah bahawa pengeluaran minyak akan kembali pulih dalam masa terdekat “dengan atau tanpa bantuan Iran.”

Nada agresif Trump itu memperlihatkan perubahan ketara berbanding kenyataan beliau kepada NBC News sebelum ini yang menyaksikan beliau “sangat optimis” mengenai perjanjian damai dengan Iran dan memaklumkan bahawa Israel sedang “mengurangkan” serangan di Lubnan.

Dalam temu bual telefon itu,Trump menyifatkan pemimpin Iran sebagai “jauh lebih munasabah” dalam perbincangan tertutup,namun memberi amaran bahawa keadaan akan menjadi “sangat menyakitkan” jika perjanjian gagal dicapai.

Sementara itu,Naib Presiden JD Vance dijadual mengadakan rundingan dengan wakil Iran di Pakistan pada Sabtu ini,diiringi utusan khas Steve Witkoff dan menantu Trump,Jared Kushner.

Timbalan Setiausaha Akhbar Kanan White House,Anna Kelly dalam satu kenyataan kepada AFP berkata,presiden tetap optimis bahawa satu penyelesaian yang membawa kepada keamanan berkekalan di Asia Barat dapat dicapai.

Dalam perkembangan berkaitan,Trump memaklumkan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah bersetuju untuk meredakan serangan terhadap Lubnan selepas satu siri serangan udara besar-besaran yang mengorbankan ratusan nyawa pada Rabu,sekali gus menguji kerapuhan gencatan senjata yang baru bermula.

Israel dan Lubnan dijangka mengadakan rundingan lanjut di Washington pada minggu depan bagi membincangkan kestabilan rantau berkenaan. – AFP