Biologi

Lebih 60 penunjuk perasaan ditahan bantah perang Iran

Apr 21, 2026 IDOPRESS
WASHINGTON, 21 April – Puluhan veteran tentera Amerika Syarikat serta ahli keluarga anggota tentera ditahan selepas mengadakan protes terhadap perang Iran di…

Protes terhadap perang Iran di dalam bangunan pejabat Kongres di Washington DC/ REUTERS

WASHINGTON,21 April – Puluhan veteran tentera Amerika Syarikat serta ahli keluarga anggota tentera ditahan selepas mengadakan protes terhadap perang Iran di dalam bangunan pejabat Kongres di Washington DC pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI

Seorang lagi peserta,Christina Sarson,veteran tentera dari Pennsylvania berkata beliau hadir demi anak-anaknya.

“Sebagai veteran,saya tahu kesan buruk peperangan terhadap orang awam dan juga anggota tentera. Saya bercakap tentang kehilangan nyawa,kecederaan dan kehidupan yang berubah selama-lamanya.

“Saya juga bercakap mengenai trauma seperti gangguan tekanan pascatrauma (PTSD) dan kecederaan moral,sebab itu saya berada di sini hari ini,” katanya.

Beliau menambah,pengalaman dari perang di Iraq dan Afghanistan menunjukkan konflik yang bermula dalam tempoh singkat boleh berlarutan selama bertahun-tahun.

“Anak-anak saya berusia 11 dan 13 tahun,tetapi kita tahu daripada pengalaman di Iraq dan Afghanistan,perang yang bermula sebulan boleh menjadi enam bulan,enam tahun,malah satu dekad. Saya dapat melihat hala tuju ini.

“Kita pernah dengar janji dan alasan sama seperti perang Iraq dahulu,dan kini ia diulang untuk mewajarkan kehadiran di Asia Barat. Kami tidak mudah terpedaya,kami sebagai veteran lebih memahami,” katanya.

Jessica Serrato turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesan mental yang dialami anggota tentera yang sedang bertugas.

“Kesan mental yang ditanggung mereka amat berat. Kita tidak mampu berbuat apa-apa selain memberi sokongan dari jauh. Itulah sebabnya kami berada di sini,untuk menyokong mereka,” katanya.

Jessica Serrato turut mempersoalkan tindakan Kongres yang didakwa tidak mengambil langkah sewajarnya.

“Kongres yang meluluskan perkara ini,tetapi di manakah mereka? Mereka mempunyai kuasa untuk menghentikan tindakan Trump.

“Kami terpaksa datang dari California untuk mendesak mereka menjalankan tanggungjawab,tetapi mereka masih tidak berbuat apa-apa,” katanya.- REUTERS