AJK cabang ugut letak jawatan, akan disenarai hitam dari bertanding semula - Fahmi Fadzil

May 16, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil

KEPALA BATAS,16 Mei - Ahli Jawatankuasa Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini mengugut untuk meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan ketua cabang baru-baru ini,diberi amaran bakal berdepan tindakan tatatertib.

Ketua Penerangan PKR,Datuk Fahmi Fadzil berkata,tindakan itu termasuk disenarai hitam daripada bertanding semula selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Pejabat Setiausaha Agung.

“Sekiranya mereka meneruskan tindakan meletakkan jawatan,keputusan yang dibuat oleh JPP dan Setiausaha Agung ialah semua individu terlibat akan disenarai hitamkan serta dihalang daripada bertanding semula,termasuk sekiranya perlu diadakan pemilihan semula di peringkat cabang," katanya.

Setelah dijelaskan kepada pimpinan cabang termasuk di Lenggong dan Masjid Tanah,kesemua ahli jawatankuasa terbabit telah menarik semula hasrat mereka untuk meletakkan jawatan.

Menurut beliau,keputusan itu menunjukkan mereka telah mempertimbang semula kesan tindakan tersebut terhadap kedudukan mereka dalam parti.