Pertumbuhan sektor aeroangkasa, MBSB umum kemudahan pembiayaan RM1 bilion

May 23, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

LANGKAWI,21 Mei- MBSB Bhd (MBSB) mengumumkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM1 bilion bagi memacu pertumbuhan sektor aeroangkasa negara.

Langkah itu selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab aeroangkasa terkemuka di Asia seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 (MAIB 2030).

Menurut MBSB,kemudahan tersebut disediakan melalui MBSB Bank dan MIDF di bawah pembiayaan pembangunan ('Development Finance Facility').

"Dana berkenaan sedia untuk dimohon serta-merta dengan proses kelulusan yang dipermudahkan melalui pasukan pembiayaan komersial dan pembangunan institusi kewangan ini," menurut kenyataan itu.

Kumpulan itu juga sedang giat bekerjasama dengan kluster aeroangkasa di Selangor,Johor dan Negeri Sembilan bagi memastikan sokongan kewangan disalurkan ke kawasan berimpak tinggi.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB,Rafe Haneef berkata,aeroangkasa bukan sahaja sektor berteknologi tinggi,malah mempunyai impak ekonomi yang besar.

"Ketika Malaysia semakin kukuh dalam rantaian bekalan global dan membekalkan komponen kepada pengeluar OEM utama dunia,pulangannya kepada ekonomi negara amat ketara," katanya menerusi kenyataan sama.

Institusi kewangan itu turut berada di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) dan mengalu-alukan rundingan bersama pemain industri yang ingin mendapatkan akses pembiayaan,khidmat nasihat atau penyelesaian bagi pertumbuhan perniagaan.