Wad zon merah HTAR cemas, suis soket terbakar

Jul 23, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Tujuh anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.13 petang/Foto orang awam

KLANG,22 Julai - Keadaan cemas di wad zon merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),Klang,selepas suis soket wad berkenaan terbakar,petang tadi.

Bagaimanapun,Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor,Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata,kejadian sekitar 5 petang itu tidak melibatkan mangsa serta kerosakan yang teruk.

Tujuh anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.13 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati kebakaran hanya melibatkan suis soket di wad zon merah hospital," katanya.

Tambahnya lagi,api berjaya dipadamkan kakitangan hospital sebelum pasukan bomba tiba. Kemusnahan hanya satu peratus dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.