Tech Chip

Tiga lagi mangsa bot karam di Saratok ditemukan

Sep 28, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Mangsa bot karam di Sungai Krian,Saratok ditemukan lemas hari ini

SARATOK,28 September- Tiga lagi mangsa bot karam di Sungai Krian,Saratok ditemukan lemas hari ini,menjadikan jumlah mangsa yang ditemukan kepada empat orang.

Ketua Polis Daerah Saratok,Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mathew Manggie berkata,mayat ketiga-tiga mangsa lelaki ditemui antara pukul 7.45 pagi dan 9.30 pagi.

Mangsa dikenali sebagai Karyono,Gunawan Pawadi dan Dudianto Yapani. Semalam,juragan bot,Mohamad Asfar Sulaiman,27,turut ditemukan lemas.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Saratok untuk proses pengecaman dan bedah siasat. Dengan penemuan keempat-empat mangsa,operasi mencari dan menyelamat ditamatkan.

Dalam insiden Jumaat lepas,sebuah bot membawa 10 pekerja pembinaan sebuah jambatan di Kampung Kaba karam kira-kira 150 meter dari Jambatan Sungai Krian.

Enam individu berjaya menyelamatkan diri,manakala empat hilang sebelum ini.