Tech Chip

India disaran kenal pasti sektor baharu bagi imbangi perdagangan

Sep 28, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto RTM

KUALA LUMPUR,26 September - Malaysia menyaran India mengenal pasti sektor baharu untuk meningkatkan eksport dan perkhidmatan negara itu bagi membantu mengurangkan ketidakseimbangan perdagangan dua hala.

Pengerusi Majlis Ekonomi ASEAN-India (AEIC),Datuk Ramesh Kodammal berkata,ketidakseimbangan perdagangan berpunca terutamanya daripada eksport komoditi Malaysia,meskipun negara ini turut mengimport barangan dan perkhidmatan dari India.

Beliau mencadangkan India menumpukan kepada sektor farmaseutikal,teknologi maklumat (IT),perkhidmatan dan pendidikan.

“India perlu nyatakan apa yang boleh ditawarkan dan apa yang boleh kita terima,supaya lebih mudah untuk meneliti perjanjian perdagangan dan bergerak ke hadapan.

"Malaysia mempunyai banyak ruang kerjasama dengan India,termasuk dalam bidang farmaseutikal,digital serta perkhidmatan,” katanya pada Majlis Makan Tengahari Sidang Kemuncak Perniagaan Asean-India 2025,di sini,hari ini.

Pada 2023-2024,nilai dagangan Malaysia-India mencecah 20.01 bilion dolar Amerika Syarikat,menjadikan Malaysia rakan dagang ke-16 terbesar India dan ketiga terbesar dalam ASEAN.

Sementara itu,India terus kekal sebagai antara rakan dagang utama ASEAN dengan jumlah perdagangan meningkat kepada 106.83 bilion dolar Amerika Syarikat pada 2024 berbanding 100.72 bilion dolar Amerika Syarikat pada 2023.