Tech Chip

Kadar jangka pendek dijangka konsisten minggu depan susulan operasi BNM

Sep 28, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,27 September - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan,disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai dari sistem kewangan.

Minggu ini,bank pusat memasuki pasaran setiap hari melalui operasi repo berbalik,repo berbalik Islam dan tender murabahah semalaman bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi asas mingguan,lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM38.40 bilion daripada RM30.80 bilion pada Jumaat lepas manakala lebihan mudah tunai dalam sistem Islam bertambah kepada RM21.50 bilion daripada RM19.90 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 25 Sept,2025.- BERNAMA