Tech Chip

Paus gesa perang dihentikan, kecam “khayalan kekuasaan” dalam kalangan pemimpin

Apr 12, 2026 IDOPRESS
ROM, 12 April – Paus Leo XIV menggesa agar pertempuran dihentikan menerusi seruan tegas pada Sabtu ketika rundingan sedang berlangsung di tengah-tengah gencatan…

FOTO REUTERS

ROM,12 April – Paus Leo XIV menggesa agar pertempuran dihentikan menerusi seruan tegas pada Sabtu ketika rundingan sedang berlangsung di tengah-tengah gencatan senjata yang rapuh dalam perang Iran.

RINGKASAN BERITA AI

Leo turut mengkritik penyalahgunaan agama untuk menghalalkan keganasan,selain mengecam kerakusan kuasa yang berkait dengan keganasan.

Kepada para pemimpin dunia,beliau berkata mereka sepatutnya duduk di meja dialog dan pengantaraan,“bukan di meja tempat persenjataan dirancang dan tindakan maut diputuskan.”

Kebelakangan ini,gesaan beliau agar keamanan ditegakkan semakin lantang khususnya berhubung perang Iran dan beliau turut mengutuk ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Tehran dengan menyifatkannya sebagai “benar-benar tidak dapat diterima.”- BERNAMA-dpa