Tech Chip

Trump rancang serangan terbaharu ke atas Iran selepas rundingan damai gagal

Apr 13, 2026 IDOPRESS
HAMILTON, 13 April – Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbang serangan ketenteraan baharu terhadap Iran selepas rundingan damai di Pakistan gagal akibat…

Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump sedang merancang serangan terbaharu ke atas Iran selepas rundingan damai di Pakistan gagal. /Foto AFP

HAMILTON,13 April – Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbang serangan ketenteraan baharu terhadap Iran selepas rundingan damai di Pakistan gagal akibat keengganan Tehran untuk meninggalkan program nuklearnya,lapor Anadolu Ajansi,memetik The Wall Street Journal pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI

Laporan itu turut menyatakan bahawa Washington sedang meneruskan rancangan sekatan di Selat Hormuz,laluan perairan sempit yang dilalui kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia setiap hari.

Sebahagian penasihat percaya sekatan itu boleh memaksa Tehran kembali ke meja rundingan,dengan merujuk kepada strategi serupa yang pernah digunakan terhadap Venezuela.

Namun,pendekatan itu membawa risiko. Kapal tentera laut AS yang beroperasi berhampiran pesisir Iran boleh berdepan serangan dron dan peluru berpandu tanpa sebarang amaran. -BERNAMA-ANADOLU