Tech Chip

Enam cedera selepas gempa 7.7 magnitud landa Jepun

Apr 21, 2026 IDOPRESS
TOKYO, 21 April – Sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan cedera pada Selasa, sehari selepas gempa kuat menggegarkan utara Jepun, namun tiada kerosakan besar…

Papan tanda elektronik di Bandar Ofunato,Wilayah Iwate memaparkan notis “Amaran Gegaran Susulan Hokkaido dan Luar Pesisir Pantai Sanriku” yang disiarkan pada 21 April 2026/ AFP

TOKYO,21 April – Sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan cedera pada Selasa,sehari selepas gempa kuat menggegarkan utara Jepun,namun tiada kerosakan besar dilaporkan daripada kejadian tersebut yang turut mencetuskan ombak tsunami setinggi 80 sentimeter (31 inci).

RINGKASAN BERITA AI

JMA memaklumkan bahawa kebarangkalian berlakunya gempa besar baharu adalah lebih tinggi berbanding keadaan biasa. Pihak berkuasa tempatan di kawasan terjejas turut mengeluarkan arahan pemindahan tidak wajib kepada lebih 182,000 penduduk.

Negara kepulauan dengan kira-kira 125 juta penduduk itu biasanya mengalami sekitar 1,500 gegaran setiap tahun,merangkumi kira-kira 18 peratus daripada jumlah gempa bumi dunia. Sebahagian besar gegaran adalah lemah,namun kesannya bergantung kepada lokasi dan kedalaman pusat gempa.

Jepun masih dihantui tragedi gempa bawah laut bermagnitud 9.0 pada 2011 yang mencetuskan tsunami besar,mengorbankan atau menghilangkan kira-kira 18,500 orang serta menyebabkan kebocoran teruk di loji nuklear Fukushima.- AFP