Tech Chip

Urusan pentadbiran Kerajaan Johor beroperasi seperti biasa – YDP Agong

Jun 11, 2026 IDOPRESS

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR,11 Jun – Pentadbiran Kerajaan Johor akan terus beroperasi pada tahap minimum sebagai kerajaan sementara dalam memastikan pengurusan harian negeri berjalan lancar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

RINGKASAN BERITA AI

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,Sultan Ibrahim bertitah segala urusan harian pentadbiran tetap berjalan seperti biasa dan memerlukan perhatian yang rapi.

Sehubungan itu,Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi,di Istana Pasir Pelangi,Johor Bahru,semalam.

Sesi mengadap berkenaan adalah sebahagian daripada rutin pertemuan berkala bersama Seri Paduka Baginda yang tetap berlangsung dalam pengurusan kerajaan sementara selepas pembubaran Dewan Negeri.