
Pengarah Urusan IMF,Kristalina Georgieva/AFP
WASHINGTON,10 April – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan menurunkan unjuran pertumbuhan global ekoran perang di Asia Barat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam perkembangan berkaitan,Presiden Bank Dunia Ajay Banga memberitahu Bloomberg TV bahawa institusinya mampu menyediakan pembiayaan sehingga AS$25 bilion “dengan pantas” kepada negara membangun yang terjejas,dan jumlah itu boleh mencecah AS$60 bilion bagi tempoh jangka panjang.
Perang yang melibatkan Amerika Syarikat,Israel,dan Iran sejak 28 Februari lalu telah mengakibatkan rantaian bekalan global terjejas dan harga minyak melonjak selepas Tehran bertindak menghalang laluan di Selat Hormuz.
IMF turut menjangkakan kadar inflasi global akan disemak semula ke tahap lebih tinggi berikutan kejutan harga minyak dan gangguan logistik.
Bank Dunia pula menganggarkan pertumbuhan ekonomi serantau (tidak termasuk Iran) akan menyusut kepada hanya 1.8 peratus pada 2026 iaitu penurunan sebanyak 2.4 mata peratusan berbanding unjuran sebelum perang.
Kesan krisis tersebut juga bersifat tidak seimbang iaitu negara pengimport tenaga berpendapatan rendah serta negara kepulauan kecil di hujung rantaian bekalan adalah pihak yang paling teruk terjejas.
Laporan terbaharu IMF turut menganggarkan keluaran ekonomi di negara-negara yang terlibat dalam kancah peperangan akan merosot sebanyak tiga peratus pada peringkat permulaan dan akan terus jatuh untuk tempoh bertahun-tahun lamanya. – AFP