
Korea Selatan sedang mempertimbang untuk mempelbagaikan import minyak mentah. /Foto REUTERS
SEOUL,13 April – Menteri Industri Kim Jung-kwan berkata pada Ahad bahawa Arab Saudi berjanji akan mengutamakan penghantaran minyak ke Korea Selatan ketika Seoul berusaha mencari laluan alternatif menerusi Laut Merah,lapor Agensi Berita Yonhap.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Ini adalah era yang menyaksikan usaha menjamin sumber menjadi amat penting,seiring dengan daya maju ekonomi dan kecekapan,” katanya.
Harga minyak melonjak susulan serangan AS-Israel ke atas Iran pada akhir Februari,sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi dan inflasi di Korea Selatan,yang sangat bergantung kepada import dari Asia Barat bagi bekalan tenaganya. -BERNAMA-YONHAP