
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir/ BERNAMA
PUTRAJAYA,21 April– Insentif keseluruhan berjumlah RM416,500 disalurkan kepada atlet Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sebagai penghargaan terhadap pencapaian cemerlang di pentas antarabangsa,sepanjang tahun lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Atlet IPT 2025 yang berlangsung di sebuah hotel,dekat sini.
Dalam majlis tersebut,perenang negara,Khiew Hoe Yean dari UCSI University menerima RM14,250 sekali gus menjadi penerima insentif tertinggi.
Atlet itu mencatat pencapaian membanggakan dengan meraih dua pingat emas,satu perak dan satu gangsa pada Sukan SEA,selain menyumbang satu pingat perak di Sukan Universiti Dunia serta memecahkan dua rekod kebangsaan.
Secara keseluruhan,pemberian insentif itu bukan sahaja menghargai sumbangan pingat,malah kejayaan atlet IPT mencipta beberapa rekod baharu di peringkat kebangsaan dan kejohanan.
Di peringkat global,kontinjen IPT meraih satu pingat perak dan satu gangsa pada Sukan Universiti Dunia di Rhine Ruhr,Jerman.
Kejohanan itu turut menyaksikan dua rekod kebangsaan dipecahkan dalam acara renang menerusi Khiew Hoe Yean bagi acara 400 meter gaya bebas,selain kuartet 4×200 meter gaya bebas lelaki.
Sementara itu,di Sukan SEA di Bangkok,Thailand,atlet IPT menyumbang 31 pingat emas,20 perak dan 36 gangsa kepada kontinjen negara.
Empat rekod kejohanan berjaya dipecahkan termasuk dalam acara menembak,lempar tukul besi dan lontar peluru.
Dalam perkembangan sama,atlet para IPT turut mempamerkan prestasi membanggakan di Sukan Para ASEAN di Korat,Thailand dengan kutipan empat emas,lima perak dan lapan gangsa.
Tiga rekod kejohanan berjaya dipecahkan menerusi acara renang dan lompat jauh.
Menurut,KPT penganjuran Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) di Universiti Malaya pada Ogos depan juga bakal menjadi platform mencungkil bakat baharu.