
FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,11 Jun – Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memastikan kebajikan serta kesejahteraan mangsa dalam kes rogol membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun di Batu Pahat terus diberikan perhatian sewajarnya.RINGKASAN BERITA AI−“Kita perlu menyantuni mereka,tetapi pada masa sama menghormati privasi keluarga,” katanya selepas Majlis Pejabat Tribunal Bagi Antigangguan Seksual dan pelancaran Sistem Pengurusan Aduan Secara Elektronik (e-TAGS) di Menara Aras Raya di sini.Beliau berkata,dalam kes yang melibatkan kanak-kanak,pihak pelindung di bawah kementerian mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan dan melaksanakan tindakan yang diperlukan kerana perkara itu turut melibatkan proses perundangan dan rujukan mahkamah.Beliau menegaskan bahawa perlindungan kanak-kanak akan terus menjadi keutamaan kementerian,khususnya dalam kes yang melibatkan jenayah seksual.Sehubungan itu,KPWKM akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa serta menyediakan bantuan yang diperlukan bagi memastikan kebajikan dan kepentingan terbaik mangsa sentiasa terpelihara.