Fahmi ucap Selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha

May 12, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO FACEBOOK Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,12 Mei- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan Selamat Hari Wesakkepada semua penganut Buddha di negara ini.

Ucapan ringkas itu dizahirkan menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

"Semoga kasih sayang,kebijaksanaan,dan kebaikan sejagat mengiringi kehidupan anda," menurut Fahmi.

Hari Wesak disambut penganut Buddha hari ini sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha iaitu kelahirannya,penyedaran dan hari beliau meninggal dunia.