Pasaran getah susut susulan kelemahan serantau

May 27, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto fail

KUALA LUMPUR,26 Mei - Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini,menjejaki pergerakan menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau.

Seorang peniaga berkata ketidakpastian yang berterusan terhadap dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) turut menjejaskan sentimen pasaran.

Bagaimanapun,kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh keuntungan dalam penanda aras harga minyak mentah selepas sentimen pasaran dirangsang oleh petunjuk kestabilan ekonomi global yang muncul selepas penangguhan tarif ke atas Kesatuan Eropah oleh AS," katanya kepada Bernama.

Selain itu,niaga hadapan getah Jepun menyaksikan penyusutan selepas menjejaki penurunan dalam niaga hadapan Shanghai,yang direncatkan oleh kebimbangan mengenai kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi China.

Pada 3 petang,Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR20 merosot 15 sen kepada 725.5 sen sekilogram,manakala lateks pukal berkurangan sebanyak tiga sen kepada 624 sen sekilogram. - BERNAMA