OPR turun: Galak pembelian kediaman

Jul 16, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,16 Julai - Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas berupaya menggalakkan pembelian kediaman dan mengurangkan komitmen bulanan pembeli rumah.

Pakar Hartanah,Faizul Ridzuan berkata,pengumuman terbaharu oleh Bank Negara Malaysia itu bakal memberi kelegaan kewangan jangka pendek kepada pemilik rumah menerusi kadar pinjaman lebih rendah.

''Kadar pinjaman akan menjadi lebih rendah,jadi ini membolehkan pengguna membeli,atau lebihan wang untuk berbelanja dan meningkatkan pelaburan.

''Contohnya,kalau pinjaman sebanyak RM400,000 yang merupakan purata harga rumah di Malaysia,ansuran bulanan akan berkurangan RM100 dan wang itu boleh dibelanjakan untuk keperluan lain,'' katanya kepada RTM di sini.

Beliau turut menyarankan agar pengguna memanfaatkan peluang itu sebaiknya untuk memiliki aset hartanah jika berkemampuan.

Bagaimanapun,manfaat penurunan OPR dijangka lebih terhad kepada penyewa,memandangkan kadar sewa lazimnya kekal sama apabila OPR diturunkan.

Secara keseluruhan,kadar OPR semasa dijangka meningkatkan sentimen positif terhadap pasaran hartanah tempatan terutamanya bagi segmen kediaman.