Sains

Banjir: Kerajaan Negeri Sabah salur lebih banyak bantuan

Sep 16, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Menteri,Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor turun padang meninjau kawasan tanah runtuh dan Pusat Pemindahan Kampung Sarapung,Penampang

PENAMPANG,15 September - Kerajaan negeri akan menyalurkan lebih banyak bantuan kepada penduduk terjejas banjir di daerah dan kawasan terlibat.

Ketua Menteri,Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor bersama pentabiran tertinggi negeri dan wakil daripada kerajaan persekutuan prihatin,turun padang meninjau kawasan tanah runtuh dan Pusat Pemindahan Kampung Sarapung,Penampang,petang tadi.

Beliau mahu kesemua penduduk terjejas dalam bencana alam yang berlaku ketika ini,maklum berhubung usaha dan inisiatif kerajaan untuk menyalur bantuan yang berterusan tanpa mengira waktu dan tempat.

Tambahnya,setiap wakil rakyat kawasan masing-masing telah diminta memberi keutamaan kebajikan penduduk terjejas banjir.

Datuk Hajiji turut memaklumkan kerajaan negeri juga telah membatalkan sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka,Kota Kinabalu,yang dijadualkan esok,kerana mahu memfokuskan membantu rakyat negeri Sabah.