Sains

Trump beri amaran serangan, sekiranya rundingan gagal capai persetujuan

Apr 21, 2026 IDOPRESS
WASHINGTON, 21 April – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa “mustahil” beliau akan melanjutkan gencatan senjata selama dua minggu…

Donald Trump/ AFP

WASHINGTON,21 April – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa “mustahil” beliau akan melanjutkan gencatan senjata selama dua minggu dengan Iran sekiranya tiada perjanjian dicapai sebelum ia berakhir pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI

Gencatan senjata yang diumumkan pada 7 April akan tamat pada Rabu. Apabila ditanya berkenaan kemungkinan serangan akan disambung semula sekiranya tiada perjanjian dicapai,Trump hanya menjawab,“Jika tiada persetujuan dicapai dalam rundingan,saya menjangkakan ia akan berlaku.”

Menurut sumber memaklumkan Naib Presiden AS JD Vance dijangka berlepas dari Washington pada Selasa,untuk menyertai pusingan kedua rundingan di Islamabad yang dijadualkan pada Rabu.

Dalam pada itu menurut agensi berita Tasnim,Iran masih belum memutuskan untuk menghantar delegasi dan tidak akan menyertai rundingan selagi sekatan laut dikenakan Amerika Syarikat masih berkuat kuasa.

Sekatan tersebut dianggap sebagai halangan utama kepada rundingan,selain tuntutan Amerika Syarikat yang disifatkan berlebihan dan tidak menunjukkan hala tuju jelas bagi perbincangan akan datang.

Delegasi Iran berpendapat rundingan hanya akan membuang masa selagi Amerika Syarikat tidak mengubah pendekatan.

Seorang pegawai kanan Iran berkata Tehran sedang ‘menilai secara positif’ penyertaan dalam rundingan baharu,namun menegaskan tiada keputusan muktamad dibuat.

Presiden Iran,Masoud Pezeshkian pula berkata rakyat Iran tidak akan tunduk kepada tekanan,sambil mendakwa Amerika Syarikat cuba memaksa negara itu akur kepada tuntutan Washington.

“Mematuhi komitmen adalah asas kepada dialog yang bermakna,” menurut Pezeshkian di platform X,sambil menegaskan Iran masih meragui Amerika Syarikat.

Speaker Parlimen Iran,Mohammad Baqer Qalibaf turut menegaskan Tehran tidak akan menerima rundingan bawah ancaman,sambil mendakwa Trump cuba menjadikan meja rundingan sebagai ‘dialog yang bersifat memaksa’.

Seorang pegawai kanan kerajaan Pakistan pula menyatakan keyakinan bahawa negara itu mampu menggalakkan Iran menyertai rundingan dengan Amerika Syarikat.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan,Mohammad Ishaq Dar turut mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Luar Iran,Seyed Abbas Araghchi,bagi menekankan kepentingan dialog berterusan demi kestabilan serantau.

Menteri Dalam Negeri Pakistan,Mohsin Naqvi memaklumkan persiapan bagi pusingan kedua rundingan di Islamabad telah siap dilakukan,termasuk kawalan keselamatan ketat untuk delegasi asing.- REUTERS