
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir pada Majlis Perasmian Kempen NADI Usahawan @ Shopee hasil kolaborasi antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Shopee/Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,21 April– Pindaan Akta Perkhidmatan Pos 2012 (Akta 741) dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat hujung tahun ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Draf pindaan telah disediakan dan akan dibawa ke Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Saya juga mengalu-alukan penglibatan pemain industri,termasuk rakan strategik seperti Shopee serta syarikat kurier,untuk memahami cadangan ini dan mengemukakan pandangan bagi menambah baik akta tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Usahawan NADI @ Shopee di sini hari ini.
Pada Oktober tahun lalu,Kementerian Komunikasi dilaporkan dalam proses meminda Akta 741 bagi memastikan ekosistem perkhidmatan pos yang lebih lestari,mampan dan berdaya saing,selain memastikan kebajikan pekerja terpelihara.