
Christopher Luxon/ AFP
WELLINGTON,21 April – Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon berjaya mengekalkan kedudukannya selepas memperoleh sokongan daripada ahli parti menerusi undi percaya terhadap kepimpinannya pada Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Bagaimanapun,Luxon tidak menyatakan margin kemenangan dalam undian tersebut.
Hanya ahli parti yang hadir dalam mesyuarat dibenarkan mengundi,manakala beberapa ahli tidak dapat hadir akibat cuaca buruk yang menyebabkan banyak penerbangan ke Wellington dibatalkan.
Sebelum ini,persoalan mengenai kepimpinannya semakin meningkat apabila parti pimpinannya merosot bawah paras 30 peratus dalam tinjauan pendapat.
Tahap sokongan peribadi Luxon turut mencatat penurunan ketara.
Laporan media minggu lalu menyebut beberapa ahli kaukus tidak berpuas hati dengan kepimpinannya,malah terdapat Ahli Parlimen yang dikatakan berisiko tidak kembali ke Parlimen berdasarkan keputusan tinjauan semasa.
Luxon menyifatkan spekulasi mengenai kedudukannya sebagai ‘drama media’ dalam dunia politik.
“Jika media mahu terus fokus kepada spekulasi dan khabar angin,saya tidak akan melayan perkara itu,” katanya.- AFP