
Menteri Digital,Gobind Singh Deo
PUTRAJAYA,21 April – Kerajaan mempergiat usaha ke arah peralihan kepada kriptografi pasca-kuantum (PQC) susulan perkembangan pesat teknologi disruptif khususnya dalam bidang pengkomputeran kuantum yang dijangka mengubah landskap keselamatan digital negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Ini kerana apabila kita membangunkan teknologi dengan begitu pesat,kita juga menggalakkan pihak lain untuk mengguna pakai teknologi tersebut,” katanya kepada RTM.
Gobind berkata,walaupun teknologi kuantum menjanjikan lonjakan luar biasa dari segi kuasa pemprosesan,ia turut berpotensi mengubah secara drastik struktur keselamatan digital global.
Katanya,menerusi pelaksanaan kriptografi pasca-kuantum,kerajaan dapat memastikan Sistem Nama Domain (DNS) negara terus kekal selamat dengan menggantikan protokol kriptografi dalam DNSSEC yang kini terdedah kepada risiko ancaman kuantum.
Sehubungan itu,beliau menegaskan peralihan kepada PQC bukan lagi satu pilihan,sebaliknya keperluan mendesak sebagai langkah memperkukuh pertahanan siber negara untuk masa depan.