Ruang

Banjir Sabah : Jumlah penduduk terjejas meningkat

Sep 16, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO Bencana Alam Sabah

KOTA KINABALU,16 September - Jumlah penduduk terjejas bencana banjir di Sabah terus meningkat.

Setakat pukul 8 pagi tadi seramai 2,468 orang daripada 656 keluarga ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Penampang merekodkan jumlah tertinggi,958 orang daripada 239 keluarga.

Diikuti Membakut,611 Putatan 456,Beaufort 273,dan Papar 170 orang.

Enam PPS baharu dibuka di Penampang semalam,iaitu Kompleks Sukan Penampang,Kg Sarapung,Dewan Ramayah,Dewan Inobong,Dewan Raya Bukitas dan Parish Hall.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan 96 kampung terjejas banjir kali ini.