Ruang

Langkah tambahan bakal diumum bantu golongan tersisih pasaran pekerjaan

Apr 21, 2026 IDOPRESS
KUALA LUMPUR, 21 April – Kerajaan akan mengumumkan langkah tambahan bagi meningkatkan pasaran pekerjaan sekaligus mengurangkan pengangguran negara dalam masa…

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media sesi meja bulat bersama institusi kewangan di Sasana Kijang/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,21 April – Kerajaan akan mengumumkan langkah tambahan bagi meningkatkan pasaran pekerjaan sekaligus mengurangkan pengangguran negara dalam masa terdekat.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan sesi meja bulat bersama institusi kewangan di ibu negara.

Dalam perkembangan sama,Datuk Seri Anwar berkata sektor strategik yang menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan perlu diberi fokus sewajarnya bagi memperkukuh kedudukan ekonomi negara susulan ketidaktentuan geopolitik global.

Antara sektor terlibat ialah semikonduktor,elektrik dan elektronik (E&E),pusat data serta kecerdasan buatan (AI).

“Beberapa pengumuman pelaburan baharu dalam sektor E&E telah dibuat dalam tempoh dua hingga tiga minggu lalu,mencerminkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.

“Walaupun terdapat kelemahan dalam beberapa sektor,pertumbuhan dalam bidang baharu ini amat menggalakkan dan perlu dilihat secara menyeluruh,” katanya.

Sehubungan itu,beliau menegaskan semua kementerian perlu bekerjasama bagi mempermudah proses kelulusan serta memperkukuh aspek latihan untuk memenuhi keperluan pasaran kerja semasa.