Ruang

Tentera Zionis pintas kapal Global Sumud Flotilla 2.0

Apr 30, 2026 IDOPRESS
MEDITERRANEAN, 30 April – Tentera laut Israel memintas kapal dari Global Sumud Flotilla 2.0 di perairan antarabangsa lewat Rabu ketika mereka menuju ke Gaza…

Foto BERNAMA

MEDITERRANEAN,30 April – Tentera laut Israel memintas kapal dari Global Sumud Flotilla 2.0 di perairan antarabangsa lewat Rabu ketika mereka menuju ke Gaza untuk memecahkan sekatan di kawasan enklaf itu.

RINGKASAN BERITA AI

Tindakan itu dilakukan beberapa jam selepas media melaporkan bahawa Israel sedang bersiap sedia untuk memintas flotila berkenaan yang terdiri daripada kira-kira 100 bot dan hampir 1,000 aktivis dari beberapa negara.

Israel telah mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza sejak 2007,menyebabkan kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin daripada kira-kira 2.4 juta kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam perang.