Ruang

Trump tolak cadangan Iran buka Selat Hormuz hingga isu nuklear selesai

Apr 30, 2026 IDOPRESS
ISTANBUL, 30 April – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menolak cadangan Tehran untuk membuka semula Selat Hormuz, sebaliknya memilih untuk mengekalkan…

Donald Trump menolak cadangan Tehran untuk membuka semula Selat Hormuz,sebaliknya memilih untuk mengekalkan sekatan tentera laut. /REUTERS

ISTANBUL,30 April– Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menolak cadangan Tehran untuk membuka semula Selat Hormuz,sebaliknya memilih untuk mengekalkan sekatan tentera laut bagi menekan Tehran mengenai program nuklearnya,lapor Anadolu Ajansi,memetik Axios pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI

Walaupun Trump melihat sekatan itu sebagai kelebihan yang kukuh,sumber memberitahu Axios bahawa Komando Pusat AS (CENTCOM) telah membangunkan rancangan untuk gelombang serangan udara “pendek dan kuat” bagi memecahkan kebuntuan diplomatik jika Iran tidak mengalah.

Trump masih belum membenarkan tindakan kinetik atau serangan fizikal,kata sumber. – BERNAMA-ANADOLU