Ruang

Kad perakuan nikah yang dikeluarkan selain JAINJ tidak diiktiraf

Jun 10, 2026 IDOPRESS

Foto Facebook Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)

JOHOR BAHRU,10 Jun – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menegaskan bahawa jabatan itu tidak mengiktiraf mana-mana kad perakuan nikah selain daripada yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI

Langkah itu penting bagi memastikan dokumen perkahwinan yang digunakan oleh pasangan suami isteri adalah dokumen yang sah dan diiktiraf.

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung “Kad Perakuan Nikah” yang dikeluarkan atas nama Persatuan Ulama Masyarakat Rohingya Malaysia.

Video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia,dengan ramai mempersoalkan kesahihan dokumen berkenaan.