Kanak-kanak 12 tahun maut terjatuh tingkat enam PPR

Apr 22, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

PDRM

KUALA LUMPUR,21 April- Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda,Sentul,di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada pukul 2.24 petang.

"Siasatan sedang dijalankan dan kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan tiada saksi yang melihat kejadian tersebut selain tiada sebarang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. -BERNAMA