AMRI ke-17 satukan suara ASEAN dalam era digital

May 8, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Teo (empat,kiri) mewakili negara pada Persidangan Menteri-Menteri ASEAN yang Bertanggungjawab ke atas Penerangan (AMRI) ke-17 di Bandar Seri Begawan,Brunei / Foto FB Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR,7 Mei - Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching mewakili negara pada Persidangan Menteri-Menteri ASEAN yang Bertanggungjawab ke atas Penerangan (AMRI) ke-17 di Bandar Seri Begawan,Brunei Darussalam hari ini.

Menerusi kenyataannya Facebook,Teo memaklumkan persidangan bertemakan “MAJU - Media Menyemarak Pemahaman Bersama” itu bertujuan mengukuhkan kerjasama serantau sertamemupuk komunikasi bertanggungjawab dan menyatukan suara ASEAN dalam era digital.

Menurut beliau,keterhubungan yang lebih baik sebenarnya datang dengan risiko.

Beliau mengambil contoh masyarakat kini lebih terdedah dengan pelbagai jenayah dalam talian yang membimbangkan tanpa mengira sempadan