PM cabar pembangkang bawa usul undi tidak percaya

Jul 21, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,21 Julai - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pihak pembangkang untuk membuktikan dakwaan mereka memiliki sokongan majoriti dengan membawa usul undi tidak percaya terhadap beliau di Dewan Rakyat.

Beliau menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menukar kerajaan perlu dilaksanakan secara beradab dan mengikut proses demokrasi,bukannya menerusi tekanan jalanan yang boleh menggugat kestabilan negara.

"Saya telah maklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat,jika ada usul pada hari ini,iaitu hari pertama sidang Parlimen,saya sedia menunggu usul undi tidak percaya. Jika benar mereka mempunyai majoriti,silakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini,hari ini.