PdPR dilaksana jika IPU lebih 200

Jul 23, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,22 Julai - Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi tahap sangat tidak sihat iaitu 201 ke atas di sesuatu kawasan.

Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek berkata,langkah itu sebahagian daripada pelan tindakan kecemasan jerebu demi keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah.

“Garis panduan kita jelas. Jika bacaan IPU melebihi 100,semua aktiviti luar dilarang.

Sekiranya IPU melebihi 200,PdPR akan dilaksanakan dan murid-murid akan belajar dari rumah secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) 2024,di sini.

Menurut beliau,Ketua Pengarah Pendidikan telah mengeluarkan arahan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri untuk memantau bacaan IPU setempat dan mengambil tindakan segera.

Setakat 4.14 petang tadi,dua kawasan mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Johan Setia,Klang (154) dan Nilai,Negeri Sembilan (116).