Tech

PM undang Anutin berkunjung ke Malaysia, erat hubungan baik

Sep 19, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,19 September - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang Perdana Menteri Thailand yang baharu Anutin Charnvirakul untuk melakukan kunjungan ke Malaysia selepas beliau memulakan tugas secara rasmi.

Datuk Seri Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata kunjungan itu antaranya bagi mempererat hubungan baik kedua-dua negara berjiran.

Jemputan tersebut disampaikan kepada Anutin semasa perbualan menerusi satu panggilan telefon,pada Khamis.

"Kami membincangkan mengenai perkembangan terkini di sempadan Thailand-Kemboja. Saya menekankan penting bagi semua pihak mengekalkan ketenteraman dan tidak membiarkan sebarang perbezaan mencetuskan ketegangan yang tidak perlu.

Perdana Menteri turut menyeru agar segala isu yang timbul dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC).

"Malaysia percaya bahawa semangat dialog,diplomasi dan persefahaman adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kestabilan serantau",katanya.